.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

06 October 2012

PENDERITAAN SAUDARA SEISLAM KITA



Tidak semua umat Islam kat muka bumi ini bertuah seperti bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang tercinta. Baru tersedar sebenarnya, tak semua Muslim dapat manyambut Ramadan dengan meriah seperti mana meriahnya solat terawih di Malaysia, Mekah dan Madinah. Rupanya, ada di antara saudara seiman kita  di bulan Ramadan yang mulia ini berhadapan dengan peperangan, kebuluran, pembunuhan dan penganiayaan.


Hati cepat jadi sebak dan sayu.  Kadang-kadang perasaan tu datang tanpa sedar.  Mana yang tabah dan kuat pasti meruntun melihat saudara seislam sendiri ditindas,...  Insyaallah, mengalirlah airmata untuk kebaikan seorang hamba kepada penciptanya, menangis kerana rindu seorang hamba kepada Rasulallah s.a.w


Siapakah mereka?

Merekalah saudara-saudara seakidah kita di Rohigya, Syria dan Palestin. Di Syria rakyatnya diancam peperangan, di Myanmar pula penduduk Rohingya tertindas dan di Yemen dan Sudan penduduknya diancam kebuluran.MasyaAllah, deritanya mereka.  Sedangkan kita kadang-kadang baru ditimpa sedikit masalah pun sudah tidak dapat bersabar.


Ya Allah, sabarnya mereka ini.  Tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman ya Allah. memang tidak dinafikan, berat mata memandang,berat lagi bahu memikul, andai kata Allah terbalikkan bi'ah (suasana) mereka ke arah kita, bagaimanakah kita menerimanya ? sudah tentu payah kerana latar yang kita terima sebelul ini berbeza dengan mereka yang telah lama merasai peritnya, maka ambillah ibrah dan as a muslim, bantulah jalan Allah ini, saudara-saudara seislam kita :')


Sedikit info mengenai Rohingya ialah, krisis mereka bermula sejak tahun 1938 lagi yang berpunca daripada diskriminasi agama dan matlamat utama serangan mereka ialah penghapusan Islam dan etnik Rohingya. Sasaran serangan kejam tentera-tentera Myanmar (dahulunya dikenali sebagai Burma)  ialah ke atas belia Islam.


Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh sehingga sekarang data yang diterima adalah samar-samar kerana telah dimanipulasi media barat untuk melihat bahawa isu rohingya ini adalah isu kecil sahaja padahal sebaliknya.



kina dapat nyh dari blog seorang kawan..kina hanya copy n paste ke blog kina...nyh hanya separuh..lebih maklumat boleh ke belog beliau..blog beliau penuh dengan perkongsian..http://akhiosem.blogspot.com/2012/09/penderitaan-saudara-seislam-kita.html

0 coment cini:

Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu